Tuesday, July 26, 2016

Betul ke Tembakau datang dari kencing Iblis

Viral mengatakan Tembakau dari Kencing Iblis. Katanya UAI yang kata.

Betul ke?

JAWAPAN: Hadis Palsu Dan UAI tak pernah kata pun.

Penyebab dapat dua dosa.
1. Fitnah atas nama Nabi.

Bahaya Dusta Atas Nama Nabi

"Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaklah dia menempati tempat duduknya di neraka." (HR. Bukhari no. 1291 dan Muslim no. 4).

2. Fitnah kerana guna nama UAI


Sunday, July 24, 2016

Mohd bermaksud Anjing bermulut Besar?

Viral Kat Whatapss:
Don't write "Mohd"
 write always completely
 "Muhammad"
 Because
 Mohd means
 The dog with big mouth.

Carian dalam Google tak jumpa pun perkataan tersebut bermaksud Anjing bermulut Besar.

Nama Mohd adalah singkatan dari nama Muhammad. Jadi Mohd merupakan kata KHAS atau singkatan dari Muhammad. Mohd bukan satu perkataan yang boleh di terjemah dalam bahasa Inggeris.

Bila kita melihat perkataan MOHD, kita pasti akan membaca nya sebagai MUHAMMAD. Tak tahu pulak kalau ada orang melihat nama MOHD Dan dibunyikan MOD.

Benarkah di atas kubah masjid Nabawi ada Mayat?

Pernah menjadi viral kononnya di atas kubah Masjid Nabawi ada mayat.

Menurut berita yang di viralkan, mayat tu adalah mayat seorg yg berniaga jahat. Lalu kena petir dan mati di situ juga. Usaha untuk memindahkan mayat gagal.

Pada Dec 2014, semasa di Masjid Nabawi, saya pernah bertanya kepada seorg Ustaz yang menetap di Madinah. Bila saya mengenai kesahihan berita yang mengatakan ada mayat di kubah Masjid Nabawi. Beliau terkejut. Beliau tidak tahu menahu mengenai berita tersebut. Menurut beliau apa yang kita lihat adalah tingkap yang dibuat Raja dahulu. Kedudukan tingkap tersebut betul betul di atas makam Rasulullah. 

Monday, July 11, 2016

Benarkah ada PAD wanita dari Israel ada virus HIV?

Dah lebih 22K share mengenai PAD dari Israel yang mengandungi virus HIV.

Jawapan: Palsu

Virus HIV tidak boleh merebak melalui sentuhan. Tak tahu lah kalau PAD yang dimaksudkan adalah sejenis minuman

Untuk mengetahui lebih terperinci mengenai virus HIV boleh klik pautan di bawah

Thursday, July 7, 2016

Benarkah kalau baring semasa Azan nanti jenazah jadi berat

Benarkah bila baring semasa Azan, nanti jenazah jadi berat?

Jawapan: tak benar



soalsolatumum.blogspot.my/2009/01/baring-masa-azan-mayat-jadi-berat.html?m=1
Dakwaan itu tidak benar. Imam Malik bin Anas meriwayatkan di dalam kitabnya al-Muwata’ hadith daripada Tha’labah bin Abi Malik al-Qurazi :

أنهم كانوا في زمان عمر بن الخطاب يُصَلُّون يوم الجمعة حتى يخرج عمر ، فإذا خرج عمر وجلس على المنبر وأذن المؤذنون قال ثعلبة جلسنا نتحدث . فإذا سكت المؤذنون وقام عمر يخطب أنصتنا فلم يتكلم منا أحد

Maksudnya lebih kurang: “Adalah mereka di zaman Omar bin al-Khattab, menunaikan solat (Sunat) pada hari Jumaat, sehinggalah ‘Omar masuk ke dalam masjid, apabila ‘Omar masuk (ke dalam masjid, dan beliau duduk di atas mimbar, lalu tukang azan melaungkan azan. Kata Tha’labah : “Kamipun duduk (berhenti dari menunaikan solat sunat) dan kami berbicara (bersembang). Apabila azan selesai, lalu ‘Omar berdiri untuk menyampaikan khutbah, kamipun diam dan tidak ada seorangpun daripada kami yang berbicara.” (Muwata’ Malik dengan Syarah al-Zarqani. Jld 1, m.s. 307)

Thursday, June 30, 2016

Salam maksudnya Celakalah Kamu ?

Betul ke SALAM bermaksud CELAKALAH KAMU

Jawapan: DUSTA

Salam dalam bahasa Arab bermaksud SEJAHTERA.

ASSAM baru lah bermaksud CELAKALAH KAMU.

Dalam Al Quran ada juga SALAM bermaksud selamat tinggal (43:89)
43 = surah Az Zukhruf





Batu Terapung peristiwa Isra' Mikraj

Bila tiba Isra' Mikraj banyak le keluar gambar Batu, 99% yang di paparkan adalah PALSU tetapi masih ada yang percaya.


Gambar di atas adalah Batu Terapung yang sebenar. Malah di bawah Batu Terapung ni cukup luas untuk kita solat berjemaah. Nak baca lebih lagi boleh baca Kat blog runizan.blogspot.my/2011/08/masjid-al-aqsa-dari-dekat.html?m=1

Gambar di bawah adalah contoh Batu Terapung palsu yang berada di FB

Dah lah palsu tetapi boleh buat caption cerita pasal Isra' mikraj. Memang kafir lambat yang buat caption tu

Wednesday, June 29, 2016

Tak boleh tulis InsyaAllah

Sekarang banyak sangat fitnah mengunakan nama nama ustaz yang popular seperti mengunakan nama ustaz Dr Zakir Naik. Letak gambar beliau lepas keluarkan kenyataan yang MENYESATKAN Dan BERUNSUR FITNAH.

Orang kita ni pulak, malas mengkaji terus sepantas kilat klik hutang SHARE. Kononnya nak dapat pahala SHARE hal Agama tetapi sebalik dapat dosa fitnah bertali arus. Bila ada rakan yang reply kata PALSU, bukan nya nak delete post tu dengan segera. Mereka sanggup biarkan post tersebut di kongsi(share) oleh orang lain pulak. Tu kan dah jadi multi level dosa fitnah.

Ada pulak yang tak baca comment org lain terus tulis Subhanaallah.
Dusta ni. Jangan percaya.

Klik link Kat bawah untuk dengar penerangan mengenai isu ni oleh UAI




https://youtu.be/9RRKdKGdxH0

Tuesday, June 28, 2016

Benarkah bencana besar berlaku pada 26hb ada di sebut di dalam Al Quran

Benarkah bencana besar berlaku pada 26hb ada di sebut di dalam Al Quran?

Jawapan nya: Dusta. Sebenarnya perkataan yang Berbunyi "sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat" adalah dari Kitab Injil terjemahan bahasa Indonesia.



Copy paste dari whatapss
############

26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia
26 dec 2004 tsunami aceh
Satu fakta nombor yg menarik untuk kita fikir-fikirkan:

Adakah kita sedari...???

Acheh
Tsunami
26-12-2004,

Jogja
Gempa
26-05-2006

Tasik, Jawa Barat
Gempa
26-06-2010

Guru Merapi
Meletus
26-10-2010

Jambatan Tenggarong
Samarinda, Indonesia
Runtuh
26-09-2013

Bulan lalu pada tarikh 26 Okt.
Taufan Haiyyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan Nya kepada seluruh rakyat Filipina yg telah merobohkan "Rumah Nya" di Manila untuk digantikan dgn shopping mall!!

Mengapa semua ini
Berlaku pada tarikh 26hb

Adakah ini satu kebetulan??

Bukalah dan bacalah
Al-Quran Juzuk ke: 26

Allah SWT telah berfirman

Mafhumnya:

"sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat".

Biar mereka semua tahu bahawa Mu'jizat Allah itu ada !!!

Jika sudi..

Sampaikanlah MESEJ ini kepada hamba Allah yg lain..

******
Tolong jangan sebarkan ye. Pasal surah AL Quran Juzuk 26 tu tak wujud dlm AL Quran. Wujud hanya kat Bible terjemahan Bahasai Indonesia


Hajar Aswad (batu hitam yang ada di dekat Ka'bah) merupakan superkonduktor dan menjadi penentu putaran bumi.

Betul ke Hajar Aswad merupakan superconductor?

Betul ke, kalau Umat Islam berhenti tawaf maka putaran bumi akan berhenti?

Jawapan: Dusta. Batu Hajar Aswad pernah di curi Dan tiada di Kaabah selama 22 tahun (hilang ketika syiah menyerang Kaabah 929-952 Masihi). Sepanjang 22 tahun tu, elok aje bumi berputar .


Benarkah Piring Astro Mengadap Kiblat?

Benarkah Piring Astro Mengadap Kiblat?
Jawapan:

1. Benar sekiranya semasa Azan berkumandang, kita masih lagi dok tengok TV dan sudah habis Azan masih lagi tengok TV. Maka memang anda berkiblat kan Piring Astro.

2. Dusta sekiranya bila Azan aje, anda terus pi solat. Maka Kiblat anda adalah Kaabah.

Sebenarnya, arah Piring Astro tidak sama dengan arah Kaabah. Oleh itu, yang mana selama ni tengok Piring Astro sebagai arah Kiblat sila periksa semula. Kalau Kiblat kita sama dengan arah Piring Astro, maka 100% selama ni anda salah Kiblat.
Pada asasnya kedudukan Astro dengan Kaabah berbeza dalam 40 darjah. Jauh sangat bezanya tu.

Larangan Makan Daging dengan Susu

Adakah benar Rasulullah SAW melarang kita Makan susu dengan daging?

Adakah terdapat hadis yang melarang?
Jawapan: TIADA

Adakah terdapat firman Allah SWT di dalam Al Quran mengenai larangan tersebut?
Jawapan: TIADA

Maka, penulis mengenai larangan kononnya dari Al Quran (tulisan dalam kitab biru) adalah dusta.


Larangan semalam daging dengan susu hanya ada di dalam kitab taurat. 
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Milk_and_meat_in_Jewish_law




Blog Mengenai Benar atau Palsu

Assalamualaikum,

Tujuan blog ini di bina adalah untuk memberitahu para membaca mengenai sesuatu hadis, cerita dan sebagainya adalah berita benar atau dusta.

Sekiranya terdapat kesalahan, harap pembaca menegur saya.