Tuesday, July 26, 2016

Betul ke Tembakau datang dari kencing Iblis

Viral mengatakan Tembakau dari Kencing Iblis. Katanya UAI yang kata.

Betul ke?

JAWAPAN: Hadis Palsu Dan UAI tak pernah kata pun.

Penyebab dapat dua dosa.
1. Fitnah atas nama Nabi.

Bahaya Dusta Atas Nama Nabi

"Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaklah dia menempati tempat duduknya di neraka." (HR. Bukhari no. 1291 dan Muslim no. 4).

2. Fitnah kerana guna nama UAI


Sunday, July 24, 2016

Mohd bermaksud Anjing bermulut Besar?

Viral Kat Whatapss:
Don't write "Mohd"
 write always completely
 "Muhammad"
 Because
 Mohd means
 The dog with big mouth.

Carian dalam Google tak jumpa pun perkataan tersebut bermaksud Anjing bermulut Besar.

Nama Mohd adalah singkatan dari nama Muhammad. Jadi Mohd merupakan kata KHAS atau singkatan dari Muhammad. Mohd bukan satu perkataan yang boleh di terjemah dalam bahasa Inggeris.

Bila kita melihat perkataan MOHD, kita pasti akan membaca nya sebagai MUHAMMAD. Tak tahu pulak kalau ada orang melihat nama MOHD Dan dibunyikan MOD.

Benarkah di atas kubah masjid Nabawi ada Mayat?

Pernah menjadi viral kononnya di atas kubah Masjid Nabawi ada mayat.

Menurut berita yang di viralkan, mayat tu adalah mayat seorg yg berniaga jahat. Lalu kena petir dan mati di situ juga. Usaha untuk memindahkan mayat gagal.

Pada Dec 2014, semasa di Masjid Nabawi, saya pernah bertanya kepada seorg Ustaz yang menetap di Madinah. Bila saya mengenai kesahihan berita yang mengatakan ada mayat di kubah Masjid Nabawi. Beliau terkejut. Beliau tidak tahu menahu mengenai berita tersebut. Menurut beliau apa yang kita lihat adalah tingkap yang dibuat Raja dahulu. Kedudukan tingkap tersebut betul betul di atas makam Rasulullah. 

Monday, July 11, 2016

Benarkah ada PAD wanita dari Israel ada virus HIV?

Dah lebih 22K share mengenai PAD dari Israel yang mengandungi virus HIV.

Jawapan: Palsu

Virus HIV tidak boleh merebak melalui sentuhan. Tak tahu lah kalau PAD yang dimaksudkan adalah sejenis minuman

Untuk mengetahui lebih terperinci mengenai virus HIV boleh klik pautan di bawah

Thursday, July 7, 2016

Benarkah kalau baring semasa Azan nanti jenazah jadi berat

Benarkah bila baring semasa Azan, nanti jenazah jadi berat?

Jawapan: tak benar



soalsolatumum.blogspot.my/2009/01/baring-masa-azan-mayat-jadi-berat.html?m=1
Dakwaan itu tidak benar. Imam Malik bin Anas meriwayatkan di dalam kitabnya al-Muwata’ hadith daripada Tha’labah bin Abi Malik al-Qurazi :

أنهم كانوا في زمان عمر بن الخطاب يُصَلُّون يوم الجمعة حتى يخرج عمر ، فإذا خرج عمر وجلس على المنبر وأذن المؤذنون قال ثعلبة جلسنا نتحدث . فإذا سكت المؤذنون وقام عمر يخطب أنصتنا فلم يتكلم منا أحد

Maksudnya lebih kurang: “Adalah mereka di zaman Omar bin al-Khattab, menunaikan solat (Sunat) pada hari Jumaat, sehinggalah ‘Omar masuk ke dalam masjid, apabila ‘Omar masuk (ke dalam masjid, dan beliau duduk di atas mimbar, lalu tukang azan melaungkan azan. Kata Tha’labah : “Kamipun duduk (berhenti dari menunaikan solat sunat) dan kami berbicara (bersembang). Apabila azan selesai, lalu ‘Omar berdiri untuk menyampaikan khutbah, kamipun diam dan tidak ada seorangpun daripada kami yang berbicara.” (Muwata’ Malik dengan Syarah al-Zarqani. Jld 1, m.s. 307)